Saturday, November 22, 2008

Kesinambungan Kisah si gadis 1

bah kamurang..hari ni last day kami exam..fuhh!! baru lega hati sa..heehehehe..sekarang ni sa nda sabar sudah mo balik Sabah bumi tercinta..hehehehe..bah sambungan balik pasal kawan sa tu..sa bukan mo mengaibkan dia..cuma untuk renungan kita sendiri sahaja..termasuk saya juga..apa guna ada boipren kalau buruk perangai..ish..ish..ish.. bah sa sambung arrr...

Dipendekkan cerita la..E datang jumpa saya minta pendapat pasal masalah dia tu..Sudah tentu la saya 100 plus% hehehehe..suruh dia minta putus ja..tapi sa nampak macam dia susah untuk memutuskan hubungan dorang tu..ba apa lagi..sa sebagai kakak dorang (kunun) hehehe...kasi nasihat la dia ni..nangis2 ba dia time sa cakap sama dia..sa kesian juga sama dia ni..hanya kerana lelaki..tapi sa tau bukan semua lelaki buruk perangai..dan bukan semua juga lelaki berperangai baik hehehehehe....sebelum dia balik hari tu sa sempat cakap sama dia " ok E..sekarang ni E fikir dulu masa depan E..E masih muda dan perjalan E masih jauh..Lagipun ada ramai lagi lelaki dalam dunia ni yang lebih baik daripada boipren E tu" E hanya memdiamkan dirinya

sa harap E buat keputusan yang tepat..demi masa depan dia juga..tapi kami mana dapat jumpa lagi untuk sebulan lebih ni..tahun depan baru kami dapat jumpa lagi..saya harap E akan jumpa lelaki yang baik suatu hari nanti...

~ sa sayang semua kawan-kawan saya dan sa sangat bersyukur sekali diberikan sahabat yang menyerupai Dia....

Friday, November 21, 2008

Kisah si gadis 1

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari...begitulah yang dirasakan oleh E( nama terpaksa dirahsiakan )cinta yang disemai selama bertahun-tahun akhirnya musnah begitu sahaja..ibarat ombak menghempas pantai...E amat mencintai lelaki itu..baginya lelaki itu adalah segala-galanya...lelaki yang bernama A ( nama terpaksa dirahsiakan)itu ibarat sebutir emas yang amat bernilai dalam hidupnya..E mengenali A semenjak sekolah menengah lagi..hubungan mereka seperti belangkas..asyik berkepit sahaja..

Tapi sekarang, E yang ku pernah kenal bukan seperti E yang dulu..E makin kurus..keadaannya pun dah tak terurus...Aku pernah bertanya kepada E..apa masalah yang dihadapinya sehingga dia boleh berubah mendadak..namun dia hanya mendiamkan dirinya..akhirnya pada petang itu,E sendiri datang kepadaku dan menceritakan masalah yang dihadapinya..Rupa-rupanya E ada masalah dengan A...menurut E, A bukan seperti dulu lagi..A sekarang sudah pandai menipu, ambil kesempatan..dan yang paling teruk lagi A dah berani pukul E...sampai lebam-lebam badan E dibuatnya..kami dah suruh E putuskan saja hubungan mereka itu, tapi E tak sanggup nak lepaskan A..


~ cerita selanjutnya akan saya post kemudian, urusan kami masih belum selesai..huhuhu

Thursday, November 20, 2008

~ Hahahahahahhahahaaha : )

Semalam, masa kami baru mau tutup mata mo tidur..tiba-tiba kami dikejutkan oleh jeritan seorang perempuan yang amat kuat..hehehehehhe..mula-mula tu kami ingat dia kena histeria sebab kampus kami ni pames dengan kes histeria...tapi saya heran kenapa makin lama makin kuat pula jeritan dia..mula-mula kami geram juga dengan guard kan..kenapa dia tidak urus perempuan tu..hehehehe..macam chipsmore ba perempuan ni..kijap dia teriak pastu kijap dia diam...yang lain2 tu semua keluar p tengok termasuk saya dengan rumet saya..masing-masing p busybody...yang penonton ni geram sudah sama c perempuan yang teriak2 tu..kena marah la perempuan yang teriak2 tu..tapi dia buat tidak tahu ja..

Yang lucunya ni...selalunya saya dan rumet saya ni akan bising2 kalau ada kes macam tu..yalah kan..sudahlah tengah malam sudah dia buat hal..tapi malam tadi, nda tau apa angin kami tu..buli pula kami tengok wayang free..hehehehehe...setelah kami siasat punya siasat..rupa-rupanya dia bukan kena histeria tapi kes gaduh dengan BOYFRIEND!!! adakah patut...ish..ish..ish..pasal lelaki ja pun..itupun mau kecoh...macam lagi dunia ni pupus sudah lelaki..hahahahahaahah.....apalagi saya yang memang jahat ni..temasuk juga rumet saya...pecah la kami ketawa malam tadi...hahahahahaha......adakah patut kami kasi ketawa....( tp yg sbenarnya ada sebab knapa kmi ktawa hahahahahahahahah)

Tuesday, November 18, 2008

~ Hari Bermalas-malasan ~

Hari ni 18/11/2008 adalah hari yang paling malas sekali saya rasa..Walaupun esok ada paper Bimbingan dan Kaunseling namun saya lansung tiada hati mo ulang kaji..hehehehe... hari ni saya awal bangun sebab saya bermimpi semalam hahahahahahaha.....lepas siap mandi trus saya online..saya berYM dengan kawan saya IRENE dari keningau..my best buddy..mungkin hari ni, hari saya memberi nasihat kepada kawan-kawan saya..hehehehe..( bagus kalau saya ni pakar bagi nasihat hehehe)

Tadi geng karas saya kol..hahahahaahhaha..apalagi pecah lah kami ketawa..lama sudah nda jumpa kan..rindu pula dengan dorang ni..Sam,Q,Nick,Ben..ramai lagi la...nda muat ni disini lau saya tulis nama dorang ni.. Saya bersyukur sangat sebab saya telah dipertemukan dengan dorang semua ini..Biarpun hanya setahun kami bersama-sama, mengharungi suka dan duka bersama namun kenangan itu tetap saya ingat sampai bila-bila..

Nda jadi la saya bermalas-malasan ni..mo rajin-rajin ni..hehehehe....apa-apa pun, Tuhan saya mau berterima kasih sebab beri saya 1 hari yang cukup indah...saya bersyukur sangat..dengan adanya kawan-kawan di samping saya yang membahagiakan saya..peaceeeeeeeeeeeeeeeee......

Monday, November 17, 2008

~ HappY BiRthdaY TatIE~

huhuhuhu....thanks God..sebab saya masih hidup sampaila umur saya genap 21 tahun..Terima kasih sebab 'menjaga' saya selama ini..

Tidak sangka yang umur saya genap sudah 21 pada 16 November 2008....hehehehe..to all my friend..thanks ya..4 d birthday wish..yang bagi hadiah..hehehehe...hari ini 17/11/2008 paper Pengajian Malaysia..huh!!! punya susah soalan struktur dia..tambah-tambah lagi dewan Ipis tu open air...panas bah!!! hehehehe..Puan cakap soalan Perlembagaan yang banyak keluar tapi soalan Dasar-dasar yang keluar ni..blur juga la sekejap..hehehee...nasip buli buat juga la..( betul kah ni?)

hahahahahaha..mungkin telampau susah sampai kawan saya boleh pula minta jawapan dengan best buddy dia..huhuhuhuhu..tidak berani bah saya ikut macam dorang ni...mama saya bilang tidak buli meniru..hehehehehehe...

bah, mo study dulu la..19hb paper Bimbingan Dan Kaunseling..huhuhu..dia punya lecturer yang paling cool N......hehehehehehe..biar lah rahsia...all the best Tatie!!!!

Monday, November 10, 2008

Belas Kasihan...

Saya betul-betul hairan dengan orang KL ni..saya tahu yang KL ni memang sentiasa sibuk baik malam atau pagi..atau tolak ansur lah sikit..Di mana sudah perginya "Budi Bahasa Budaya Kita"? saya rasa itu cuma statement sahaja..sebab ianya tidak dipraktikkan juga..kenapa ini mesti berlaku?

Ahad lepas..satu kejadian telah berlaku di depan mata saya sendiri..dimana kes copet telah berlaku di dalam bas yang kami naiki untuk balik ke kampus..Saya tahu kejadian seperti itu memang selalu terjadi apabila penumpang dalam bas terlalu ramai dan terpaksa berdiri..dan di situ lah c pencopet ini mengambil peluang..Saya sendiri terpaksa berdiri selama sejam lebih..memang penat berdiri dan tambahan pula penumpang ramai dan saya rasakan bas itu macam tin sardin dan kami adalah sardin tersebut!!

Dipendekkan cerita, mangsa copet dengan pencopet tersebut sama-sama menegakkan kebenaran masing-masing..situasi masa tu memang sangat tegang..riuh sebentar orang dalam bas tu..lagi satu yang buat saya geram sangat..konduktor bas tu memang tidak boleh pakai 1 sen pun..dia tengking-tengking penumpang...marah-marah..apa dia ingat kami ni tiada hati dan perasaan kah?????..orang yang nak turun pun dia marah..orang yang nak naik pun dia marah..fikir la dulu!!!!! akhirnya pemandu bas berhentikan bas dan suruh orang yang berkenaan itu turun dari bas..dia cakap kalau nak bergaduh, jangan bergaduh dalam bas..apalagi 2 orang lelaki tersebut turun dari bas dan terus bergaduh..bertumbuk..dan bas jalan begitu sahaja...tidak ada kah perasaan kesian terhadap orang yang ditumbuk itu?? biar macam mana salah sekalipun, bertumbuk bukanlah jalan penyelesaian yang tepat..malah itu hanya akan memburukkan lagi keadaan..Kenapa tidak ada seorang pun daripada mereka yang cuba menyelesaikan perkara tersebut??? SAYA GERAM SANGAT-SANGAT BILA TERINGAT KEMBALI KEJADIAN TERSEBUT!!!!! kAlau nak harapkan saya yang campur tangan memang saya lah yang kena nanti hehehehe....

Apa-apa pun kita sentiasalah beringat walau di mana pun kita berada...mungkin hari ni, hari dia..mana tau esok hari kita pula...siapa yang tau kan....

Friday, October 31, 2008

13 signs you're falling in love

13. You can't stay madat him/her for more than a minute or two. You actually have to try hard to stay mad.
12. You'll read his/her sms or email over and over again
11. You'll walk really slow while you're with him/her
10. You'll feel shy whenever you're with him/her
09. While thinking about him/her..your heart will best faster and faster
08. By listening to his/her voice, you'll smile for reason
07. While looking at him/her..you can't see the other people around you..you can only see that person
06. You'll start listening to slow songs
05. He/she becomes all you think about
04. You'll get high just by their smell
03. You'll realize that you're always smiling to yourself when you think of them
02. You'll do anything for him/her
01 While reading this, there was one person on your mind the whole time..

kecantikkan lelaki vS KEGAGAHAN wanita..

Kecantikkan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada
murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Thursday, October 30, 2008

Antara C.I.N.T.A dan K.A.S.I.H


Semua benda hidup di dalam dunia ini inginkan cinta dan juga sayang...akan tetapi sejauh mana cinta dan juga sayang ini terus kekal dalam hidup kita? Cinta dan sayang tidak boleh dipisahkan..namun pun begitu..ada sesetengah daripada kita yang hidup tanpa CINTA KASIH.. mengapa harus terjadi seperti itu? apakah sakit jika kita menyintai seseorang, menyayangi seseorang? ya memang sakit jika kita menyintai seseorang..apatah lagi itu adalah cinta pertama kita..ada yang mengatakan bahawa cinta pertama ini sangat kuat berbanding dengan kali yang kedua dan seterusnya kita bercinta..

Cinta pertama, first love....apakah cinta pertama itu adalah cinta sejati kita atau macam mana? semua kita baik lelaki mahupun perempuan inginkan cinta mereka itu berkekalan sampai bila-bila..tapi ada juga pasangan yang dulunya semasa sedang hangat bercinta,macam-macam janji manis yang tekeluar dari mulut..tapi bila sudah kawin...lain cerita sudah...isteri curang la...lelaki ada perempuan lain..selalu gaduh la..masing-masing membela kesalahan sendiri..sehingga anak-anak yang mendapat kesan.adui..punya kesian keluarga seperti itu..

Seperti Dia sendiri, Dia sanggup korbankan dirinya sebab sayangkan kita, cintakan kita..Dia sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan kita. Mengapa tidak ada tolak ansur sikit pun dalam keluarga yang selalu bergaduh? yang ada masalah...mengapa!!!!!

Wednesday, October 29, 2008

busy!!!!!

huhuhuhuhu...sepanjang minggu ni, saya rasa sibuk butul owh..apa tidak final exam tidak lama lagi..semalam Majlis Fakulti terbuka sempena hari raya...kunun2 fakulti kami buat open hall hahahaha.....saya ingatkan ramai lah yang datang tu time tapi, hampeh!!! nda sampai separuh pun student yang datang semalam...

tapi saya tidak kisah semua tu, yang penting saya dapat bersama-sama dengan kawan-kawan saya semalam..hehehehe...ada juga gambar kami ambil semalam tapi banyak d tempat kawan saya...tunggu dorang kasi saya tu gambar dulu baru saya boleh upload tu gambar ^_^

Winds Of Change ^_^

I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dream
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

The wind of change
blows straight into the face of time
Like a stormwind that will ring the freedom bell
For peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their derams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change


# Nah..kan pa sia bilang...hehehehe..lagu kegemaran sia ba ni.. kalau baca betul2 lirik dia..emm ada maksud yang tersirat..hehehehehehe...


Koposionku Kumaa dikoyu ^_^

My Handwriting says....

Your Handwriting Says You Are Somewhat Traditional
You are a fairly energetic person. You know how do pace yourself, and you deal well with stress.

You are somewhat outgoing, but you're not a natural extrovert. You think first before you act. You tend to be independent, rational, and logical.

You are balanced and grounded. You know how to get along well with others.

You need a bit of space in your life, but you're not a recluse. You expect people to give you a small amount of privacy, and you respect their privacy as well.

You are somewhat traditional, but you are also open to change. You listen to your head and your heart.

You are a good communicator. You work hard to get your ideas across effectively.

Tatie Gabriel Kasun

My photo
what do u think about mE???